Terima kasih bibik!😢
Setiap kali datang rumah, bibik akan bukakan pintu dan jemput kami masuk. Tuan rumah dah maklum akan kedatangan kami untuk buat kerja pest control.
Sebaik selesai kerja, kami rehat sekejap sambil berbual dengan bibik. Kudrat tenaganya pun tak sekuat 10-20 tahun dulu. Sudah 72 umurnya, nak berdiri lama basuh pinggan pun makin susah.
Tiba-tiba bibik buka cerita yang Januari 2025 dia akan pulang ke tanah airnya untuk selamanya. Kami terdiam sekejap. Bibik tersenyum je..
Bibik anak yatim piatu. Tiada adik beradik atau sedara mara kandung. Bujang dan tidak pernah berkahwin. Dijaga dan dibesarkan dari bayi kecil oleh pasangan suami isteri tua yang tiada anak.
Mak ayah angkat bibik orang susah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tak mampu nak sekolahkan bibik.
Bibik cerita dia mula bekerja sejak umur 15 tahun. Tiada orang lain paksa dia kerja tapi bibik sendiri yang nak cari. Kerja pertama bibik pada awalnya jadi pembantu di gerai makan tepi jalan. Lama-kelamaan bibik mula dapat peluang kerja di tempat lain.
Bibik banyak pengalaman kerja di luar negara. Bermula dari Singapura, kemudian ke Amerika Syarikat, Brunei dan akhir sekali ke Malaysia.
"Nanti bibik balik duduk dengan siapa", gatal betul mulut ni nak tanya.
"Ada kawan bibik bagi tinggal sekali dengan dia. Anak-anak dia pun terima bibik. Tapi nanti balik bibik kena tukar alamat daerah situ, senang kalau bibik mati kebumi situ aja"
Allah..😭
Allah berfirman dalam Surah Ibrahim ayat ke-7 maksudnya:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”
Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
انْظُرُوا إِلَى مَنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ، وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ، فَهُوَ أَجْدَرُ أنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ
“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah kamu melihat kepada orang yang berada di atas kamu kerana yang demikian itu lebih patut bagi kamu supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dianugerahkan kepada kamu.” - (Hadis Riwayat Muslim no. 2963)