
Staf Pun Tak Pasti Dari Mana Datang Kutu
Dalam pejabat, tak pernah ada kucing sesat masuk dan tak pernah lagi bela kucing dalam pejabat.
Ada beberapa orang staf mengadu selalu kena gigit di bahagian kaki semasa sedang bekerja. Tak macam gigitan nyamuk. Sudah cuba usahakan buat cleaning, tapi masalah terkena gigitan masih kembali menghantui mereka.
Tiada bau bangkai atas siling pejabat.
Tiada kutu hidup dalam mesin vaccum.
Pintu pejabat pun jenis autolock.
Kami buat pemerhatian di luar pejabat pula, terutama lokasi tangga yang berhampiran dengan pintu pejabat.
Tak lama selepas turun anak tangga ke bawah, ada sesuatu melompat-melompat di bahagian kaki seluar..

SAHIH!
Kutu kucing datang dari luar pejabat dan dari arah tangga.
Bila tanya lebih lanjut, memang ada kucing merayau dekat tangga pejabat tapi tak pernah sampai masuk ke dalam pejabat.
Boleh jadi kutu melompat ke pakaian ketika ada sesorang pergi ke pejabat melalui tangga. Lebih-lebih lagi jika ada kerosakan lif, tangga akan jadi pilihan untuk naik ke tingkat atas..

Perlukan bantuan segera untuk Kawalan Kutu Kucing,
boleh terus klik pautan WhatsApp link di bawah:
Like & Follow Media Sosial Kami:
Facebook: https://www.facebook.com/espcselangor
Instagram: https://www.instagram.com/espcselangor
Terima kasih.