Pest Control Malaysia

Contoh Kes Pepijat

"Encik Ahmad membeli sebuah sofa terpakai dari sebuah kedai. Penjual memberi jaminan bahawa sofa masih dalam keadaan baru. 

Selepas seminggu diletakkan di ruang tamu, isteri Encik Ahmad merungut gatal-gatal semasa duduk di sofa tersebut. Walhal Encik Ahmad tidak merasa apa-apa.

Pada hari berikutnya, semasa hendak menukar cadar tilam, isteri beliau menjumpai pepijat di tepi sisi katil. Katil tersebut berada di dalam bilik berhadapan dengan ruang tamu."

Persoalannya, dari mana punca sebenar pepijat itu datang? Sofa atau katil?


Fakta 1 : Pepijat boleh berada di kediaman anda melalui pelbagai cara. Barangan terpakai, tetamu yang ziarah ke rumah, atau dari beg bagasi yang dibawa balik dari melancong.


Fakta 2 : Rumah sewa, kabin pekerja, dan asrama sekolah/pekerja merupakan lokasi utama penyebaran pepijat. Namun kajian terkini turut mendapati hotel dan kediaman mewah turut menerima kesan dari masalah pepijat.


Pest Control Selangor
Kebanyakan kes pepijat datang dari kediaman seperti rumah pangsa atau kondominium kos rendah. 



Fakta 3 : Pepijat selalunya aktif pada waktu tengah malam hingga awal pagi. Pada waktu inilah pepijat akan menghisap darah hos(manusia).

Pest Control Selangor - Bed bugs Control
Pepijat dewasa dan telur pepijat dijumpai di bawah sofa



Fakta 4 : Kebanyakan pepijat hidup sekitar 8 kaki dari tempat manusia tidur.
Bed Bugs Control Selangor - Pest Control Selangor
Sumber: Safer Pest Control Project, www.spcpweb.org



Fakta 5 : Pepijat selalunya menghisap darah (blood meal) antara 3 hingga 7 kali sehari. Hos (manusia) tidak akan perasan ketika digigit kerana pepijat melepaskan natural anesthetic

Kesan digigit akan menyebabkan kegatalan dan bintik-bintik merah. Namun ada sebilangan hos tidak menerima apa-apa kesan tindak balas walaupun selepas digigit pepijat.

Bed bugs control Selangor - Pest Control Malaysia
Kesan Gigitan. Sumber: (Whitney Cranshaw, Colorado State University, Bugwood.org)



Fakta 6 : Pepijat betina mampu mengeluarkan 1-7 telur dalam sehari selama 10 hari selepas blood meal. Telur pepijat akan diletakkan berhampiran dengan tempat rehat atau tidur hos(manusia) yakni di permukaan kasar seperti kayu atau kertas.

Bed bugs Control Selangor - Pest Control Malaysia
Bentuk telur pepijat

Fakta 7 : Telur pepijat akan menetas dalam jangka masa 6 hingga 9 hari pada suhu 21.11 °C


Bed Bugs Control Selangor - Pest Control Malaysia
Telur pepijat yang sudah menetas


Fakta 8 : Wangian serai atau lavendar oil/spray tidak memberi apa-apa kesan langsung untuk membunuh pepijat. 
Kajian terbaru mendapati terdapat generasi pepijat mempunyai ketahanan dari sebarang bahan kimia serangga.

Bed Bugs Control Selangor - Pest Control Malaysia
Telur pepijat dijumpai di bahagian engsel pintu



Kitaran Hidup Pepijat
Gambarajah di bawah menunjukkan kitaran hidup pepijat. Sepanjang hidupnya, pepijat akan melalui beberapa fasa atau peringkat sebelum menjadi pepijat dewasa. 

Bed Bugs Control Selangor - Pest Control Malaysia
Sumber: Safer Pest Control Project, www.spcpweb.com




Peringkat Pepijat dewasa : Menyalin Kulit
Gambarajah di bawah adalah kesan tinggalan kulit pepijat menunjukkan tanda proses pertumbuhan pepijat ke fasa seterusnya sedang berlaku.

Bed Bugs Control Selangor - Pest Control MALAYSIA
Sumber: Dr. Harold Harlan/AFPMB (CC)



Pepijat tidak 'racist' dan tiada sikap diskriminasi!
Asalkan anda manusia yang berdarah panas, pasti akan menjadi mangsa. Ia juga turut menyerang haiwan mamalia seperti burung, ayam dan tikus.

Tetapi bagaimana anda nak tahu jika diri anda atau keluarga anda digigit pepijat? 

Mudah sahaja. 

Anda perlu lihat dengan mata anda sendiri!
Itu saja cara bagi membezakan samada anda digigit pepijat atau digigit serangga penghisap darah yang lain seperti nyamuk, kutu kucing atau serangga lain.



Sumber:
Dini M. Miller, Ph.D., Department of Entomology, Virginia Tech 
Andrea Polanco, Department of Entomology, Virginia Tech


Perlukan bantuan segera untuk Kawalan Pepijat, 
boleh terus klik pautan WhatsApp di bawah:

https://PepijatDalamRumah.wasap.my

Like & Follow Media Sosial Kami:
Facebookhttps://www.facebook.com/espcselangor
Instagram: https://www.instagram.com/espcselangor
TikTok: https://www.tiktok.com/@espcselangor

Terima kasih.